Thursday 5 August 2010

Bandar Kesihatan di Selangor

PKNS bangun Bandar Kesihatan

KUALA LUMPUR 4 Ogos - Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) kini di peringkat akhir perancangan untuk mengadakan sebuah 'Bandar Kesihatan' di Selangor dalam usaha menyemarakkan pembangunan di bidang teknologi berkaitan industri perubatan di negeri itu yang menempatkan para pemain utama dunia.

Pengurus Besarnya, Othman Omar berkata, bandar berkenaan yang akan dibina di atas tanah seluas 480 hektar berdekatan dengan sebuah pusat pengajian tinggi awam (IPTA) tersebut, akan mempunyai sistem teleperubatan dan tele-kesihatan yang setanding dengan beberapa negara di rantau ini.

No comments: